Sunday, 14 February 2016

PENGURUSAN PADA ERA MADINAH
https://www.youtube.com/watch?v=9G1u1g8czcg

KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W
https://www.youtube.com/watch?v=hg8-hqGNlB4

CIRI-CIRI

Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang berlainan iaitu :
i. Era Mekah
ii. Era Madinah.


ERA MEKAH

A. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN DAKWAH
  • Dakwah secara rahsia
  • Dakwah secara terbuka


  1. DAKWAH SECARA RAHSIA

Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwah telah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya dengan Nabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai Baginda SAW.

Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :-
i. Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda)
ii. Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)
iii. Ali bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan di bawah jagaan Baginda)
iv. Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)

Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannya melebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilangan mereka di kalangan para ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelar sebagai al-Sabiqun al-Awwalun.

Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat. Sepanjang tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula mengetahui dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah Nabi Muhammad SAW.

  2. DAKWAH SECARA TERBUKA

  •  Terus terang kepada Kaum Kerabat
Dakwah secara terbuka berlaku pada tahun ke -4 kenabian Baginda SAW. Ayat pertama yang turun berkenaan hal ini ilaha ayat 214 dari surah Asy-Shu’ara’ :
" Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat."

Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada beberapa langkah :
1. Memanggil Bani Hashim. Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin 'Abd Manaf. Sebelum Nabi SAW berucap, Abu Lahab terlebih dahulu memberikan ucapan dengan meremehkan Nabi SAW.
2. Baginda memanggil mereka kali kedua. Kali ini, Abu Talib telah mengatakan bahawa sokongan akan diberikan terhadap apa yang diucapkan oleh Nabi SAW.

Selesai Nabi Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit, “ Celaka engkau seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?” Kemudian turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.


  •  Terus terang kepada orang ramai (umum)
Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah SAW setelah turunnya perintah Allah di dalam Surah al-Hjir ayat 94 :
"Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin."


Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.
Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy. Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai penyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pemgikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.


B. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN


Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya.

Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca. Namun pandangan Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar. Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanak-kanak Islam Madinah membaca dan menulis.

Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh dengan membuat perancangan terhadap pendidikan masyarakat Islam pada masa tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya.

Contoh-contoh perancangan Baginda SAW Dalam Bidang Pendidikan

  1. Menyampaikan ilmu Pendidikan IslaM
    • Rumah Al-Arqam ibn Abi Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yang pertama, iaitu pada tahun 610 M. Galakan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukan sekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti menyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat , di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAW sekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan buta huruf.
    2.Perintahkan sahabat belajar menulis
    • Baginda menyuruh agar setiap seorang memberi pelajaran kepada keluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalah mengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Quran dan tafsirnya, hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan masalah yang baru berlaku dari satu masa ke satu masa.
    3.Galakan kepada kaum perempuan untuk menuntut ilmu
    • Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya sama-sama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernah mengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isterinya Sayyidah Hafsah menulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat Islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama ada lelaki atau perempuan.

    C. PERANCANGAN RASULULLAH SEBELUM BERHIJRAH

    Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu :

    i. Mengupah Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang yang beragama Islam.
    ii. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk member perkhabaran tentang orang Quraish.
    iii. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu ‘Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan mereka minum susu pada waktu malam.

    Contoh di atas membuktikan bahawa perancangan dan pengurusan adalah perkara yang amat penting dalam Islam


    .

    ERA MADINAH



    Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk, yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi. Orang Yahudi terdiri daripada tiga kabilah, iaitu Qainuqa’, al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan, sama ada antara etnik dan kabilah atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala.

    Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah SAW membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

    Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

    1.Membina masjid
    • Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid dengan harga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas para sahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimen untuk menyatupadukan ummah, sebuah universiti bagi mengajar soal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untuk kehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dan tempat di mana solat didirikan secara berjemaah.
    2.Program Keluarga angkat
    • Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abad yang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisi yang mempunyai kesan jangka panjang dalam menjayakan sesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripada Muhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripada Ansar.
    3.Perjanjian dengan Yahudi
    • Rasulullah SAW membuat perjanjian bertulis dengan yahudi. Dalam perjanjian tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiap golongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasan menjalankan syariat agamanya masing- masing dengan dasar saling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajib menjaga dan memelihara utuhnya kedaulatan kota madinah serta bersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman dan serangan musuh dari luar kota.Mereka akan menjadikan kota madinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harus terpelihara kesuciannya.




    Aspek-aspek Utama Piagam Madinah
    1. Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
    2. Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.
    3. Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
    4. Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
    5. Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.

    Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.

    Hal ini menunjukkan pencapaian besar Rasulullah SAW dalam pelaksanaan hijrah dan mengubah landskap akidah, undang-undang dan akhlak masyarakat jahiliah adalah kerana kecemerlangan perancangan yang strategik. Rasulullah SAW menyedari walaupun Islam baru bertapak di Makkah, tetapi ia memiliki kekuatan untuk membina masa depan manusia selari dengan standard piawaian yang ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, kepimpinan Rasulullah dalam merancang dan menguruskan pentadbiran perlu dicontohi bagi melahirkan sistem pengurusan yang terancang dan sistematik.










    DIFINISI PENGURUSAN ISLAM 

    Pengurusan Islam telah lama wujud sejak kelahiran Tamadun Islam iaitu di zaman Rasulullah S.A.W. Ia merupakan sebahagian daripada Tamadun Islam di samping politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebahagianya. sejak awal lagi telah lahir ramai ulama dan sarjana Islam yang menjalankan kajian dan mengeluarkan pelbagai teori berkaitan dengannya. Kesempurnaan teori pengurusan Islam mendapat perhatian dari sarjana Barat dalam abad ke-19 untuk menjalankan kajian secara serius. Ulama dan sarjana Islam mutakhir menyambung daya usaha ulama silam dalam kajian hal pengurusan yang kian mendapat tempat pada masa kini. Segalanya berpunca daripada keunggulan dan kesempurnaan teori pengurusan Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.

    Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemnya adalah berlandaskan kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasulullah yang dilantik dan sudah tentulah Baginda s.a.w menjadi contoh yang terbaik kepada manusia dalam menguruskan urusan duniawi mahupun ukhrawi.

    Rasulullah SAW sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.
    BIODATA KAMI

    " RASULULLAH IKUTAN , PEMIMPIN DAN CONTOH TELADAN KITA :


    NAMA : HAMIZAH BT ABDUL RAHMAN
    UMUR : 21 TAHUN
    TARIKH LAHIR : 6.9.1995
    TEMPAT LAHIR : HTAR( HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH )
    NO.MATRIX : 10DAT15F1077


    NAMA : NOOR ANNA BINTI ABU
    UMUR : 27 TAHUN 
    TARIKH LAHIR : 14.4.1989
    TEMPAT LAHIR : HOSPITAL DAERAH MUAR
    NO.MATRIX : 10DAT15F1053


    NAMA : NURUL ATHIRAH BINTI AZIZAN 
    UMUR : 19 TAHUN
    TARIKH LAHIR : 23.4.1997
    TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SEBERANG JAYA
    NO.MATRIX : 10DAT15F1047


    NAMA : SITI NUR SHAKIRAH BINTI MOHAMED HANIF
    UMUR : 19 TAHUN 
    TARIKH LAHIR : 22.5.1997
    TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR PULAU PINANG
    NO.MATRIX ; 10DAT15F1600





    BIODATA RASULULLAH SAW

     
    Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
    Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
    Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
    Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
    Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
    Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
     
    USIA 5 TAHUN
     
    Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
     
    USIA 6 TAHUN
     
    Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
     
    USIA 8 TAHUN
     
    Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
     
    USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
     
    Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
     
    USIA 20 TAHUN
     
    Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
     
    USIA 25 TAHUN
     
    Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    USIA 35 TAHUN
     
    Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
     
    USIA 40 TAHUN
     
    Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
     
    USIA 53 TAHUN
     
    Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
     
    USIA 63 TAHUN
     
    Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
     
    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
     
    1. Khadijah Binti Khuwailid.
    2. Saudah Binti Zam'ah.
    3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
    4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
    5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
    6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
    7. Zainab Binti Jahsy.
    8. Maimunah Binti Harith.
    9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
    10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
     
    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
     
    1. Qasim
    2. Abdullah
    3. Ibrahim
    4. Zainab
    5. Ruqaiyah
    6. Ummi Kalthum
    7. Fatimah Al-Zahra '
     
    ANAK TIRI RASULULLAH SAW
     
    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

    SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
     
       IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
    1. Thuwaibah
    2. Hamzah
    3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
       SAUDARA SUSUAN
    1. Halimah Al-Saidiyyah
    2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
    3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
    4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
    5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
      
    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
    (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
     
    1. Al-Harith
    2. Muqawwam
    3. Zubair
    4. Hamzah ***
    5. Al-Abbas ***
    6. Abu Talib
    7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
    8. Abdul Ka ' bah
    9. Hijl
    10. Dhirar
    11. Umaimah
    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
    13. Atiqah ##
    14. Arwa ##
    15. Umaimah
    16. Barrah
    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
     
    *** Sempat masuk Islam.
    ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
     
     
     
    Sabda Rasulullah SAW:
    "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai  aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam  syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
     
    Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
     
    KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
     
    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

    • ·               Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
    • ·               Aku melihat cahaya dari lidahnya.
    • ·               Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
    • ·               Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
    • ·               Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
    • ·               Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
    • ·               Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
    • ·               Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
    • ·               Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
    • ·               Wajahnya seperti bulan purnama.
    • ·               Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
    • ·               Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
    • ·               Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
    • ·               Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
    • ·               Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
    • ·               Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
    • ·               Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
    • ·               Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
    • ·               Janggutnya penuh dan tebal menawan.
    • ·               Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
    • ·               Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
    • ·               Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
    • ·               Rambutnya sedikit ikal.
    • ·               Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
    • ·               Rambutnya terbelah di tengah.
    • ·               Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
    • ·               Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
    • ·               Seimbang antara kedua bahunya.
    • ·               Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
    • ·               Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
    • ·               Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
    • ·               Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
    • ·               Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
    • ·               Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
    • ·               Warna putihnya lebih banyak.
    • ·               Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
    • ·               Warna kulitnya putih tapi sihat.