CIRI-CIRI
Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang berlainan iaitu :
i. Era Mekah
ii. Era Madinah.
ERA MEKAH
A. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN DAKWAH
- Dakwah secara rahsia
- Dakwah secara terbuka
- DAKWAH SECARA RAHSIA
Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwah telah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya dengan Nabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai Baginda SAW.
Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :-
i. Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda)
ii. Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)
iii. Ali bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan di bawah jagaan Baginda)
iv. Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)
Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannya melebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilangan mereka di kalangan para ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelar sebagai al-Sabiqun al-Awwalun.
Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat. Sepanjang tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula mengetahui dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah Nabi Muhammad SAW.
2. DAKWAH SECARA TERBUKA
- Terus terang kepada Kaum Kerabat
Dakwah secara terbuka berlaku pada tahun ke -4 kenabian Baginda SAW. Ayat pertama yang turun berkenaan hal ini ilaha ayat 214 dari surah Asy-Shu’ara’ :
" Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat."
Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada beberapa langkah :
1. Memanggil Bani Hashim. Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin 'Abd Manaf. Sebelum Nabi SAW berucap, Abu Lahab terlebih dahulu memberikan ucapan dengan meremehkan Nabi SAW.
2. Baginda memanggil mereka kali kedua. Kali ini, Abu Talib telah mengatakan bahawa sokongan akan diberikan terhadap apa yang diucapkan oleh Nabi SAW.
Selesai Nabi Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit, “ Celaka engkau seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?” Kemudian turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.
- Terus terang kepada orang ramai (umum)
Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah SAW setelah turunnya perintah Allah di dalam Surah al-Hjir ayat 94 :
"Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin."
Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.
Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy. Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai penyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pemgikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.
B. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN
Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya.
Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca. Namun pandangan Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar. Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanak-kanak Islam Madinah membaca dan menulis.
Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh dengan membuat perancangan terhadap pendidikan masyarakat Islam pada masa tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya.
Contoh-contoh perancangan Baginda SAW Dalam Bidang Pendidikan
- Menyampaikan ilmu Pendidikan IslaM
- Rumah Al-Arqam ibn Abi Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yang pertama, iaitu pada tahun 610 M. Galakan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukan sekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti menyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat , di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAW sekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan buta huruf.
2.Perintahkan sahabat belajar menulis
- Baginda menyuruh agar setiap seorang memberi pelajaran kepada keluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalah mengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Quran dan tafsirnya, hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan masalah yang baru berlaku dari satu masa ke satu masa.
- Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya sama-sama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernah mengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isterinya Sayyidah Hafsah menulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat Islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama ada lelaki atau perempuan.
C. PERANCANGAN RASULULLAH SEBELUM BERHIJRAH
Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu :
i. Mengupah Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang yang beragama Islam.
ii. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk member perkhabaran tentang orang Quraish.
iii. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu ‘Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan mereka minum susu pada waktu malam.
Contoh di atas membuktikan bahawa perancangan dan pengurusan adalah perkara yang amat penting dalam Islam
.
ERA MADINAH
Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk, yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi. Orang Yahudi terdiri daripada tiga kabilah, iaitu Qainuqa’, al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan, sama ada antara etnik dan kabilah atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala.
Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah SAW membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
1.Membina masjid
- Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid dengan harga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas para sahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimen untuk menyatupadukan ummah, sebuah universiti bagi mengajar soal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untuk kehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dan tempat di mana solat didirikan secara berjemaah.
- Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abad yang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisi yang mempunyai kesan jangka panjang dalam menjayakan sesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripada Muhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripada Ansar.
- Rasulullah SAW membuat perjanjian bertulis dengan yahudi. Dalam perjanjian tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiap golongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasan menjalankan syariat agamanya masing- masing dengan dasar saling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajib menjaga dan memelihara utuhnya kedaulatan kota madinah serta bersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman dan serangan musuh dari luar kota.Mereka akan menjadikan kota madinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harus terpelihara kesuciannya.
Aspek-aspek Utama Piagam Madinah
- Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
- Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.
- Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
- Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
- Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.
Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
Hal ini menunjukkan pencapaian besar Rasulullah SAW dalam pelaksanaan hijrah dan mengubah landskap akidah, undang-undang dan akhlak masyarakat jahiliah adalah kerana kecemerlangan perancangan yang strategik. Rasulullah SAW menyedari walaupun Islam baru bertapak di Makkah, tetapi ia memiliki kekuatan untuk membina masa depan manusia selari dengan standard piawaian yang ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, kepimpinan Rasulullah dalam merancang dan menguruskan pentadbiran perlu dicontohi bagi melahirkan sistem pengurusan yang terancang dan sistematik.
No comments:
Post a Comment